Gotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburun Kg. Lembah Permai, Kundasang

Pencapaian anak-anak Al-Sifatulroyah




Adik Irdinah Zinirah Chin adalah naib johan bagi pertandingan ratu fesyen 1 Malaysia (kategori kanak-kanak).. Gambar kenangan diatas diambil bersama-sama dengan 28 peserta lain.

Cintai budaya kita..





Pakaian tradisional kaum dusun merupakan warisan dari nenek moyang kita. Adik Alya Hamizah @ Mei Lan memilih pakaian tradisi kaum dusun semasa mengikuti pertandingan ratu fesyen 1 Malaysia yang diadakan di Daerah Keningau baru-baru ini.

Gambar pertama diatas merupakan aksi lambaian bersama 'wakid' adik Alya.
Walaupun tidak disenaraikan diatara 3 pemenang teratas, adik Alya berjaya menambat hati juri dengan 'wakid' kecilnya dan telah berjaya mendapat hadiah saguhati.

Kenali saudara kita... adik Sakir

Pukul bola...




Golf bukan lagi dikategorikan sebagai sukan untuk kelas tertentu. Sukan ini kini semakin diminati oleh semua. Jom cuba...

Tahniah !

Wajah siapa paling mirip dengan tokoh kita ini ??

Foto menarik terpilih !



Jom kenali mereka !

KENALI SAKAG WAGU...


Panggilan kampung~~ sakir, akiy
klu d surat beranak Mohd. Arshad Shakir Mohd Khamzah ( nda tau betul kaitu ejaan dia)

~~ lahir pd mei 2007
~~ Anak si Hamzah dan Ugau ( hasnizah )
~~ Nenek dia si Gemulah Hj Sahajali..
~~ Hobi ~~ Dulu suka gigit orang tp skrng nda sudah..
~~ Suka menyanyi~~ lagu kegemaran ~~ Jgn Kau mimpi ( siti sarah)
~~ Hi Hi Bye Bye ( Ezlyn)
~~ Allah selamatkan kami ( kawasa)
~~ Selalu gaduh sma macik dia sbb mo minta pasang ni lagu..
~~Suka makan kek, gula2, kokok (ayam)..
~~ Suka main pistol, kereta sama bola..
~~ suka baju otromen
~~ Takut wowow ( kunun2 hantu) sama kucing ( trauma kana garu )
~~ bakat ~~~ pandai minta duit..

SELAMAT PENGANTIN BARU ~NAZA RIZAL FIRDAUS DAN KHAIRUL BARIYYAH~~

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21




Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai.





Doa Untuk Pengantin
"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi.Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."
~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~

Aktiviti Mencari Harta Karun



Kelihatan anak-anak keluarga al-sifatulroyah begitu gembira apabila berjaya menyelesaikan semua tugasan dalam aktiviti mencari Harta Karun..

Tahniah kepada kumpulan ini. Difahamkan, mereka telah mengambil masa hampir 4 jam untuk menyelesaikan 7 tugasan setelah melalui keperitan 'raging' dari pacik dan macik.

Hadiah yang telah disediakan oleh pihak penganjur sangat di luar jangkaan. Lihat sahaja senyuman kumpulan ini apabila mendapat tahu hadiah yang bakal mereka miliki.

Aktiviti:3 SAMBUTAN TAHUN BARU 2010 anjuran Al-sifatulroyah (hari ke-2)

Aktiviti Keluarga Al-sifatulroyah sempena sambutan tahun baru 2010

Aktiviti Keluarga Al-sifatulroyah sempena sambutan tahun baru 2010

Sambutan Tahun Baru 2010

Ahli mesyuarat keluarga al-sifatulroyah telah memutuskan untuk mengadakan aktiviti sempena sambutan tahun baru 2010.

Selain bacaan doa, antara pengisian lain sepanjang sambutan ini ialah;

1. Pertandingan Motor Rally 2x2 (berlansung pada jam 9.00am / 30.12.2009)
2. Persembahan bunga api (tepat jam 12.00 malam / 31.12.2009
3. Mencari harta karun
4. Pertandingan karaoke (2 kategori)
5. Sesi bergambar
6. Memanjat buluh
dan pelbagai jenis sukaneka

Marilah bersama memeriahkan sambutan tahun baru bersama keluarga al-sifatulroyah.

Pihak editor mengambil kesempatan mengucapkan setinggi tahniah atas usaha dan semangat saudara Nazarul Khaiwala Wahab dalam usahanya mencetuskan ilhammengadakan majlis sambutan tahun barukali ini. Syabas dan tahniah !!

Dibawah merupakan catitan ringkas AJK sambutan tahun baru tahun ini:

PENGERUSI : EN. JASBIE JAMIRIN
T.PENG : EN. HAMZAH HAIMIN

SETIAUSAHA 1 : EN. NAZARUL KHAIWALA WAHAB
SETIAUSAHA 2 : EN. JAHALAN

BENDAHARI : EN. NAZARUL OSMAN WAHAB

Senarai AJK lain yang dilantik boleh terus merujuk kepada saudara Nazarul Khaiwala.

Jom sembang !


ShoutMix chat widget